Pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya pada Ahad lalu akhirnya sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya malam tadi.
Memetik mStar Online, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata pelakon berusia 37 tahun itu ke balai polis ditemani bapanya.
BACA: Pelakon Didakwa Tumbuk Kekasih Gagal Dihubungi Polis
“Pelakon terbabit tidak ditahan dan hanya diambil keterangan,” katanya.
Sementara itu, polis memberitahu rakaman percakapan kakak mangsa juga sudah diambil bagi siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, pada jam 3 pagi.
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham. Teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.
SUMBER: mStar Online