Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita, Tumbuk Mata Sebelah Kiri

Seorang pelakon lelaki didakwa memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi semalam.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 6 petang, semalam.

Pihak polis berkata pada awalnya pelakon berusia 37 tahun itu menghubungi kekasihnya untuk berjumpa kira-kira jam 4 pagi sebelum dikasari aktor tersebut.

“Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham,” katanya.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya. Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park.

SUMBER: Harian Metro

×