Menonton rancangan kegemaran anda kini bukan sahaja terhad kepada kaca & peti televisyen di rumah dan dengan Astro On-The-Go, anda boleh menonton program yang anda ikut di mana mana sahaja pada bila bila masa.
Jika anda fikir Astro On-The-Go hanya boleh diakses oleh mereka dengan langganan TV Astro, anda silap. Astro On-The-Go tidak memilih kasih dan sesiapa sahaja kini boleh mengakses rancangan yang ditawarkan melalui aplikasi hebat ini.
Terbaru, Astro On-The-Go tampil dengan pek-pek yang direka khas untuk kepuasan anda menonton dengan menawarkan berita dan acara siaran langsung, pilihan filem, komedi dan drama tempatan yang terbaik serta banyak lagi tanpa langganan TV Astro!
Astro On-The-Go Pack 1 menawarkan seleksi program komedi dan drama tempatan serta antarabangsa, telenovela & dokumentari dokumentari Muslim termasuklah akses segera kepada koleksi terbesar program-program popular yang lain.
Program popular lain yang dimaksudkan di sini adalah terdiri dari program terpilih dari saluran Astro RIA Plus, Astro OASIS, Astro WARNA, Astro Bella dan One HD.
Ini termasuklah siri televisyen Benci vs Cinta, Mira Sofea, rancangan bual bicara Salam Muslim, 3 Ustazah, program hiburan popular MeleTOP, rancangan variasi Betul Ke Bohong dan Sembang Teh Tarik yang kedua duanya dikendali oleh pengacara hebat AC Mizal.
Lebih menarik, jika anda mendaftar untuk melanggan pakej Astro On-The-Go anda berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa AKG K309 In-ear headphones hadiah utama berupa JBL Charge portable stereo speaker — untuk menemani anda ketika menikmati program kegemaran anda di Astro On-The-Go.
Tawaran Astro On-The-Go dengan Pack 1 ini boleh didapati dengan harga RM30 sebulan atau langgan secara harian dengan harga RM5 per hari. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Astro On-The-Go dan pelbagai tawaran lain di laman rasmi mereka.