Peguam Perjelas Sebab Hidayah Tolak Wang Dibawa Ali Puteh 

Umum mengetahui, semalam pelawak Ali Puteh bertemu dengan kakak iparnya, Nor Hidayah bagi melunaskan wang tuntutan RM74,000 seperti yang telah ditetapkan mahkamah.

Bagaimanapun, ketika pertemuan itu, Hidayah enggan menerima wang tersebut serta meminta Ali untuk berhubung dengan peguam.

BACA: “Datang Bawa Bodyguard, Lepas Tu Acah-Acah Kami Tak Layan” – Adik Hidayah

Menerusi perkongsian di Instagram, peguam yang mewakili Hidayah iaitu Ibrahim tampil menjelaskan sebab mengapa anak guamnya enggan menerima wang daripada Ali semalam atas faktor keselamatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Menurut Ibrahim, wang tersebut tidak sesuai diberikan dirumah memandangkan jumlahnya terlalu besar apatah lagi pertemuan itu dirakam secara langsung.

“Dari segi undang-udang tiada masalah untuk terima wang tersebut. Namun saya ambil kira apabila ia sejumlah besar dan dibawa ke rumah.

“Ditambah pula dilakukan secara siaran langsung, orang akan tahu pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar dalam rumahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata dia sudah memaklumkan kepada Ali untuk membuat pembayaran menerusi pindahan wang ke akaun Hidayah serta menafikan dakwaan anak guamnya sengaja menolak wang pemberian pelawak itu.

“Saya telah bercakap dengan Ali untuk wang tersebut di bawa ke firma guaman atau lebih mudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Saya percaya Puan Hidayah tiada niat untuk menolak kecuali atas faktor keselamatan,” katanya.

×