“Patutlah Ustaz Balik Awal Kalau Dah Begini Suasananya”

Umum mengetahui, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila tular pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar yang hadir serta membacakan doa pada majlis resepsi pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Menjelaskan mengenai isu tersebut, Ustaz Wadi berkata beliau dijemput untuk makan kenduri dan bacaan doa namun beliau beredar daripada majlis selepas pengantin memberikan ucapan.

BACA: Ustaz Wadi Perjelas Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick

Terbaru, tular pula video memaparkan situasi di majlis berkenaan memaparkan gelagat rakan artis iaitu Ain Edruce menjerit perkataan ‘kiss’ ketika Dini menyarungkan cincin kepada Janna. Malah, turut kedengaran beberapa suara lain turut menjerit ‘we want kiss’ dan ‘cium’ buat pasangan pengantin.

https://www.tiktok.com/@freakbellaz/video/7243607311078395138?refer=embed

Video dikongsikan di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan patutlah pendakwah bebas itu pulang awal.

Malah, ada yang meluahkan rasa kasihan serta mengatakan pasti Ustaz Wadi tidak selesa dengan situasi tersebut apatah lagi duduk di kerusi barisan hadapan.

×