Umum mengetahui, pelakon Ebby Yus kini berdepan dengan ujian kesihatan seperti jantung dan buah pinggang mendapat perhatian orang ramai.
Turut menjadi perhatian, perkongsian pelawak Jep Sepahtu yang melawat sahabatnya itu serta berkongsikan gambar terbaru Ebby mengundang sebak.
BACA: Makan Karipap Pakai Sarung Tangan, Jep Sepahtu Rupanya Ada OCD
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian itu, Jep memuat naik gambar bersama Ebby dengan kapsyen ringkas “love you bang.”
Perkongsian Jep itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap prihatin Jep yang yang sentiasa membantu sahabat yang kurang bernasib baik.
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Ebby kembali sihat seperti sedia kala dan diberikan kesembuhan untuk kembali belakon semula.