Nampaknya nama pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menjadi bualan ramai susulan penampilnnya yang didakwa terlalu terdedah.
Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, memaparkan Daiyan dilihat sedang menunjukkan hasil mekap di wajahnya.
BACA: Daiyan Trisha Akui Single, Ruangan DM Terbuka Untuk Berkenalan
@shiyojoo_ Daiyan Trisha by #shiyomakeup #daiyantrisha
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah busana berwarna kuning cair dengan bahagian dada yang terdedah.
Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan Daiyan itu yang mendedahkan aurat serta ada yang berpendapat pakaian itu lebih sesuai dipakai dirumah untuk tatapan suami.
Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat buat Daiyan agar lebih berhati-hati dalam memilih pakaian dan menjaga sensitiviti masyarakat serta mendoakan yang baik-baik.