Pelakon Azhar Sulaiman berkata dia mengizinkan anakya Kasih Iris Leona berkahwin tahun depan namun telah meletakkan beberapa syarat sebelum menerima calon suami anaknya itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, mengucapkan selamat tahun baru kepada Leona serta mengizinkan anaknya itu untuk berkahwin.
BACA: “Tanggungjawab Saya Untuk Buat Benda Tak Guna” – Leona Akui Lahir Sebagai Puteri
Dalam hantaran berkenaan, Azhar turut memberikan beberapa syarat untuk calon suaminya antaranya tidak kisah dengan asap rokok.
“Selamat tahun baru Mekna, kalau awak nak sangat nikah tahun depan, tak apa. Tapi pastikan calon suami awak tak kisah asap rokok, terutama dalam kereta, bukan vegetarian dan okay dengan musik genre rave,” katanya.
Dalam pada itu, Azhar berkata calon bakal suami Leoan juga perlu mendapat restu daripada dirinya serta dua adik beradiknya iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin.
Sebelum ini, Leona pernah meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun 2025 namun mengakui masih belum mempunyai kekasih hati.