Pakai Bride Headband, Siti Saleha Bakal Kahwin Tak Lama Lagi?

Pada November lalu, pelakon Siti Saleha mendedahkan dia dan kekasihnya, yang huga pereka fesyen ternama tempatan Joshua Fitton sudah mengikat tali pertunangan.

Terbaru, hangat diperkatakan apabila Saleha bakal menamatkan zaman solo apabila tular video memaparkan pelakon itu memakai headband tertulis bride.

BACA: Siti Saleha Mengaku Sudah Bertunang Dengan Joshua Fitton

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Saleha menerima kejutan daripada rakan-rakannya di sebuah penginapan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan hari bahagia pelakon itu.

×