Pakai Baju RM15, Fasha Sandha Tak Kisah Asalkan Cantik

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha dipuji oleh netizen tetap cantik meskipun hanya menggayakan baju berharga RM15.

Memetik Kosmo, Fasha berkata dia tidak kisah memakai baju harga murah asalkan ianya kelihatan cantik. Fasha turut meluahkan rasa syukur ramai yang memuji baju tersebut.

BACA: Fasha Sandha Bangga Jemyma Dah ‘Naik’ Al-Quran

“Alhamdulillah dengan pujian ramai mengenai baju berharga RM15 itu. Saya memang jenis seorang yang ringkas dan tidak kisah pakai baju murah ke apa, asalkan cantik,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata jika seseorang itu memakai baju berharga mahal belum tentu dapat memberi imej yang cantik kepada si pemakai.

“Harga bukan menjadi ukuran tetapi bagaimana membawa imej tersebut. Adakalanya pakai baju bernilai berpuluh ribu tetapi tetap tidak nampak cantik. Saya tidak kisah dan tak malu pun sebab memang pakai baju murah sahaja,” katanya.

×