Padam Gambar Lama, Julia Farhana Kini Berhijab

Perkongsian terbaru pelakon Julia Farhana menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya dilihat tampil berhijab di Instagram miliknya.

Menerusi satu video kempen, Julia turut memaklumkan ketika rakaman itu dibuat dia belum lagi mengenakan tudung sekaligus mengesahkan dirinya kini sudah berhijab.

BACA: Julia Farhana Dipuji Bersalam Dengan Lufya Omar Di Mahkamah

“Disclaimer : Rakaman ini dibuat sebelum Ju (panggilannya) bertudung. I am obligated to my responsibility for this collaboration according to the scheduled posting,” tulisnya.

Sementara itu, Julia dilihat turut memadam gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat sebelum ini.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen memuji kecantikan Julia yang tampil bertudung ketika hadir ke sebuah acara baru-baru ini.

Terdahulu, Julia mengumumkan dirinya selamat bergelar isteri kepada Dr Hafiz pada 20 Disember lalu selepas dua minggu bernikah.

×