Disebabkan video menari seksi di aplikasi Bigo Live bersama Fathia Latiff, pelakon baru Natasha Elyzza mengakui sudah lebih 6 bulan dia menganggur dan tidak menerima tawaran berlakon.
Natasha memberitahu walaupun dapat tawaran berlakon, namanya sering digugurkan oleh pihak produksi selepas ditolak oleh beberapa stesen televisyen.
BACA: “Terima Kasih Kerana Rosakkan Hidup Saya”
“Saya sudah lebih enam bulan tiada kerja dan tidak buat apa-apa, saya ada dapat tawaran berlakon daripada beberapa produksi tapi nama saya digugurkan.
“Mereka beri alasan nama saya tidak lepas ke stesen televsyen, ia mungkin disababkan kontroversi tersebut,” ujarnya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Fathia juga pernah mengakui selepas video kontroversi itu tersebar, dia tidak menerima tawaran berlakon dan sentiasa menjadi sasaran netizen mencari setiap kesalahannya.
Tambah Natasha, dia menyesal dan menerima pengajaran terhadap apa yang berlaku. Dia berharap agar diberi peluang kedua untuk kembali berlakon.
“Saya rindu sangat nak berlakon kembali, bukan saya tidak boleh kerja lain tapi minat saya kepada bidang lakonan sangat kuat. Saya benar-benar berharap pihak produksi dan stesen televisyen memberi peluang kepada saya untuk kembali seperti dahulu.”
Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Fathia, Natasha memberitahu mereka tidak bergaduh, namun semakin rengang selepas kontroversi tersebut.