Ozlynn Puji Johan Hensem Berimej Botak

Umum mengetahui, pelawak Johan dan isteri, Ozlynn antara 11 pengamal media dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Ozlynn ada memuat naik imej terbaru suaminya yang kini sudah mencukur bersih rambut sehingga botak.

BACA: Johan, Ozlynn Tunai Haji Jemputan Kementerian Media Arab Saudi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Menurut Ozlynn lagi, Johan nekad untuk mencukur berasih rambutnya yang sebelum ini panjang kerana Allah serta memuji suaminya kacak dengan imej botak.

“Ensem suami saya.. dia cakap dia buat kerana Allah bukan kerana manusia.. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, ramai yang kagum apabila mendengar Johan fasih berkomunikasi dalam bahasa Arab bersama individu yang mencuci kepalanya.

×