Selebriti popular, Neelofa menyifatkan tindakan mendidik anak menggunakan rotan pada usia muda adalah pemikiran yang kolot.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Neelofa memuat naik video seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak yang meluahkan rasa bimbang mengenai kaedah ibu bapa mendidik anak menggunakan rotan.
BACA: Baru 3 Tahun, Anak Neelofa Lancar Baca Al-Fatihah
Dalam video itu, individu berkenaan turut menjelaskan tindakan memukul anak boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak terutamanya otak dan emosi serta perkembangan akan terbantut.
Menurut Neelofa lagi, bersetuju dengan pendapat individu berkenaan bahawa tindakan tersebut boleh memberi kesan buruk kepada emosi dan perkembangan anak.
“Otak anak boleh rosak, emosi anak rosak dan perkembangan anak boleh terbantut! Mindset kolot suka pukul anak,” tulisnya.