Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian apabila berseloroh mahu menjodohkan pelawak Zizan Razak dengan pengawal peribadinya.
Menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok, Siti berseloroh mengatakan pengawal peribadinya yang dikenali sebagai Mimi itu sesuai dengan Zizan memandangkan wanita itu berasal dari Terengganu.
BACA: Zizan Razak Rugi Jutaan Ringgit, Ramai Berhutang Tak Reti Bayar
@rosmadiothman Zizan di jodoh kan dengan Mimi… #sitinurhaliza #masukberandafyp #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #foryoupage #foryou #trending
“Jodoh dengan Mimi, bodyguard saya. Orang terengganu juga, senang tak payah gaduh balik kampung.
“Mimi semua boleh. Nanti kita kenalkan. Kalau Zizan kahwin dengan Mimi, sama-samalah jadi bodyguard saya,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Siti yang mahu menjodohkan Zizan dengan pengawal peribadinya, malah ada terhibur kerana Siti semakin kelakar.