Kemenangan pelakon Siti Saleha di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 semalam menjadi perhatian ramai termasuk netizen di Korea Selatan.
Malah, Siti Saleha mencuri perhatian ramai apabila dipuji lebih cantik berbanding pelakon Korea Selatan, Kim Hye Yoon ketika acara anugerah semalam.
BACA: “Yang Penting Dia Belum Kahwin, Tiada Anak” – Siti Saleha Akui Sedang Kenal Hati Joshua Fitton
Pada anugerah tersebut, Siti Saleha dilihat tampil anggun mengenakan gaun berwarna kuning dengan dandanan rambut kemas.
Malah, seorang netizen berkongsikan Saleha turut menjadi bualan media Korea sehingga ada artikel mengenai pelakon itu tular disana. Tidak kurang juga, ada yang menyamakan penampilan Saleha itu seperti karakter Disney Beauty And The Beast iaitu Belle.
Sementara itu, rata-rata netizen Malaysia memuji kecantikan Saleha yang disifatkan lebih cantik berbanding pelakon Korea, Kim Hye Yoon.
Tidak kurang juga, ramai yang mengagumi solekan sederhana Siti Saleha yang menaikkan lagi seri wajahnya.
Semalam, Siti Saleha mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi trofi Bintang Asia Terbaik sekaligus mengetepikan pesaing lain dari Asia seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, dan Korea Selatan sendiri.