Opai Hadiahkan Fatin Afeefa Jam Tangan Rolex Sempena Hari Jadi

Baru-baru ini, perkongsian suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menjadi perhatian apabila memuat naik video meraikan ulang tahun isterinya yang ke-29.

Menerusi entri itu, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai meluahkan penghargaan dan rasa cinta buat isteri tercintanya itu serta memaklumkan memberi hadiah jam tangan jenama mewah Rolex buat Fatin.

BACA: JPJ Minta Bantuan Polis Kesan Opai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff Awang (@diariseorangtrader)

“Selamanya bersyukur kerana mempunyai wanita luar biasa ini di sisi saya, dan pada hari istimewanya, saya ingin menunjukkan kepadanya betapa dia sangat bermakna bagi saya.

“Berikan hadiah sebuah Rolex hanyalah tanda kecil kasih sayang dan kekaguman saya yang tidak berkesudahan. Melihat keluarga kami dari kedua-dua belah pihak berkumpul untuk meraikan hari lahirnya menjadikan hari ini lebih luar biasa.

“Cinta tidak mengenal batas apabila kita dikelilingi oleh kemesraan dan sokongan orang yang kita sayangi,”tulisnya.

Dalam pada itu, Opai menyifatkan dirinya bertuah memiliki Fatin sebagai isterinya serta menyifatkan pelakon itu seorang wanita luar biasa.

“Di sinilah cinta, kebahagiaan dan momen berharga sepanjang hayat bersama. Bangga menjadi lelaki paling bertuah di bumi, dikurniakan isteri yang paling luar biasa,” tulisnya.

Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang pada 30 Disember di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

×