Perkongsian Fatin Afeefa di TikTok menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video membuat persiapan baju raya sempena Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi.

Menerusi video dikongsikan, Fatin bersama suami, Opai atau Aliff Awang serta anak-anaknya ke butik jenama pakaian terkenal untuk menempah baju raya.

BACA: Opai Seronok Fatin Afeefa Duduk Rumah Tak Kerja, Setiap Hari Dilayan Seperti Raja

@fatinafeefa8

sebenarnya nak buat baju raya adik, tapi kakak dia pulak lelebih ? @JAKELTEXTILE

? original sound – LaguRaya – LaguRaya

Dalam video tersebut, anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia dilihat teruja memilih baju raya buat dirinya dan Opai dilihat memilih samping untuk dipakai bersama baju Melayu.

Apa yang lebih menjadi perhatian adalah jumlah bayaran pakaian-pakaian tersebut yang berharga RM101, 450 terpapar pada mesin juruwang.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat Fatin dan suaminya membeli belah buat keluarga mereka serta tumpang gembira melihat rezeki buat anak-anak mereka.

SUMBER: Oh Bulan

×