Semalam, isu mengenai kereta McLaren milik suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang terjawab apabila rakannya memaklumkan sudah pun menjual kereta tersebut namun belum berkesempatan menukar nama.
Hari ini, perkongsian Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai menjadi perhatian apabila usahawan itu membuka kaunter permohonan maaf di Instagram Story.
BACA: “Saya Pemilik Kenderaan Itu” – Pemilik Sebenar Kereta McLaren Dedah Cerita
Menerusi perkongsian itu, Opai turut meminta netizen menulis nama penuh dan nombor kad pengenalan supaya dosa-dosa mereka dapat diampunkan.
Perkongsian itu dibuat Opai dipercayai sering dikecam teruk susulan kontroversi terpalit dirinya termasuk isu hangat diperkatakan beberapa hari lalu.
Terdahulu, pemilik kereta tersebut yang juga rakannya Hafiz Wasa berkata Opai membeli kereta itu kerana mahu membantunya yang berdepan masalah peniagaan ketika negara dilanda pandemik.
Tambahnya lagi, Hafiz menyifatkan Opai seorang yang baik serta tidak sama dengan apa yang ditonton oleh netizen dalam video tular baru-baru ini.