Nur Sajat Taja Pekerja Mancungkan Hidung Di Thailand

Jika anda mengikuti perkembangan usahawan popular ini, Nur Sajat kini berada di Bangkok, Thailand bagi menyaksikan Miss Universe 2018. Bagaimanapun, salah satu posting di Instagramnya menjadi buah mulut orang ramai. Rasanya kemana sahaja Nur Sajat pergi, pasti tidak pernah lekang daripada kontroversi.

Menerusi perkongsiannya itu, Sajat turut membawa beberapa orang pekerjanya ke negara tersebut untuk mendapatkan wajah baru sempena tahun baru 2019. Sajat juga memberitahu, dia menaja sepenuhnya kos untuk memancungkan hidung pekerja-pekerjanya di salah sebuah hospital terbaik di Bangkok.

BACA: “Apakah Sajat Mahu Mencabar Kuasa Allah SWT?” – PU Amin

Seperti sudah dijangka, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dan kritikan daripada netizen. Ada netizen beranggapan tidak sepatutnya berkongsikan hal itu kepada umum kerana ianya perkara haram dan dalam masa sama mengaibkan pekerjanya.

Dalam masa sama, segelintir netizen berpendapat tidak perlu mengajak orang lain sama untuk mengubah ciptaan Tuhan dan perkongsian tersebut sekaligus menimbulkan persoalan netizen yang mendakwa kecantikan yang dimiliki oleh Sajat juga bukanlah asli.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa hairan dengan sikap orang zaman sekarang yang semakin berani untuk melakukan perkara yang ditegah dan bangga untuk memberitahu satu dunia tentang perbuatan tersebut.

×