Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengesahkan bahawa suaminya akan berkahwin lagi.
Memetik BH Online, Nur Nilam berkata dia sudah bertemu dengan wanita itu mengizinkan Azlan untuk berkahwin lagi kerana menghormati dan menyayangi suaminya.
BACA: Isteri Dedah Azlan Komeng Bakal Kahwin Lain
Tambah Nilam lagi, bagaimanapun suaminya belum memberi kata putus lagi dan dia sendiri yang akan meminang wanita itu jika Azlan bersetuju.
“Ya betul, Azlan akan berkahwin lagi dan saya sudah bagi ‘green light’ sebab dia nak, saya nak buat macam mana. Semua orang cakap ia sekadar ‘content’, tapi tidak. Saya sudah bertemu wanita ini, minggu lalu. Tapi, sekarang Azlan tak beri kata putus, saya ada bertanya, tapi dia mengelak.
“Wanita ini bertegas nak berkahwin dengan Azlan. Wanita ini mahu saya datang meminang dalam bulan puasa dan bernikah Aidilfitri ini. Tapi, Azlan belum beri kata putus. Kalau Azlan setuju, saya boleh pergi meminang, tapi hari nikah saya tiadalah,” katanya.
Sementara itu, Nur Nilam berkata suaminya berjanji mahu berlaku adil dan mengendalikan soal rumah tangga dengan tenang.
Dalam pada itu, Nur Nilam berkata ada yang menggesanya untuk berpisah namun dia masih sayangkan suaminya dan reda jika Azlan mahu berkahwin lagi.
“Ramai suruh bercerai, tapi saya masih sayangkan Azlan. Jadi, saya hanya mampu berdoa mungkin Ramadan ini Allah makbulkan doa saya. Insya-Allah, ada ganjaran sebalik ujian ini.
“Kalau keputusan Azlan mahu berkahwin juga, saya kena reda. Saya pun tak tahu bagaimana sekarang sebab saya memang sibuk berniaga. Saya tak mahu ada tekanan perasaan,” katanya.
Terdahulu, menerusi video di TikTok Nur Nilam mengejutkan ramai apabila mendakwa suaminya dalam perancangan untuk mengahwini wanita lain.
SUMBER: BH Online