Pelakon Abby Abadi mendakwa bekas suaminya iaitu Norman Hakim tidak pernah memarahi anak mereka, Marissa Dania jika melakukan kesalahan.

Menerusi sesi siaran langsung, Abby mendakwa Norman seperti tidak kisah dan di awal perceraian mereka 17 tahun lalu aktor itu tidak pedulikan anak-anak.

BACA: “Saya Rasa Norman Bukan Nak Sangat Kahwin Dengan Saya” – Abby Abadi

@candytabeaute_official

Pengajaran daripada kisah Abby Abadi… #abby #kisahartismalaysia #kisahviral #marisadania #aslam #abbyabadi #fypage

? original sound – Candyta Beaute Official – Candyta Beaute Official

“Norman tidak kisah dengan apa yang Marissa buat. Dia tidak pernah marah Marissa. Tidak pernah pun Marissa itu kena tampar atau pukul, benda itu tidak berlaku.

“Selepas bercerai anak-anak semua dengan saya dan Norman tidak pernah ambil untuk jaga. Datang jumpa pun macam orang luar,” katanya.

Tambah Abby lagi, dia turut meluahkan rasa kesal kerana membiarkan Marissa lari ke keluarga Norman setiap kali dimarahi olehnya.

Malah Abby mendakwa bekas suaminya itu sering melepaskan diri apabila ada masalah dan disebabkan itu tidak merasakan tiada sebab untuk kembali berbaik dengan Norman.

“Norman memang melepaskan dirinya hingga sekarang jadi saya rasa tiada sebab untuk berbaik. Saya rasa tiada keperluan.

“Kalau dapat putarkan masa, saya nak jaga sendiri anak saya. Tak perlu bagi Marissa pilihan kedua. Saya marah Marissa, dia lari ke keluarga Norman,” katanya.

×