fbpx

Nora, Nedim Nafi Masalah Kewangan Punca Cerai

Rumah tangga yang dibina kini sudah berakhir, pelakon Nora Danish berharap tidak timbul sebarang teori perpisahannya dengan bekas suami, Nedim Nazri.

Memetik BH Online, Nora menafikan dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan serta meminta orang ramai menghormati perpisahan mereka itu.

BACA: Nora Danish, Nedim Sah Bercerai Talak Satu

“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.

“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan. Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil,” katanya.

Sempat menyambut Hari Bapa bersama Nedim dan anak-anak baru-baru ini, Nora mengakui untuk datang ke mahkamah pada hari ini bukan sesuatu yang mudah.

“Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.

“Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami. Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap anda semua doakan yang terbaik,” katanya.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

SUMBER: BH Online