fbpx

Nora Danish, Nedim Sah Bercerai Talak Satu

Rumah tangga pelakon Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 8.34 malam tadi.

Memetik BH Online, pasangan itu bersetuju berpisah secara baik dan Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

BACA: “Hal Rumah Tangga Terlalu Peribadi” – Nora Danish Sangat Tertekan & Hiba

Sementara itu, Nora berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga dan paling penting mereka mahu membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

“Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini, malam ini.

“Apa yang paling penting, tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif.

“Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga. Saya harap tiada teori mengenai perpisahan kami. Ini kerana kami sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak,” katanya.

Pada 29 April lalu, Nora mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 bergolak dan mengakui tidak lagi tinggal sebumbung.

SUMBER: BH Online