Setiap kali bulan Ramadan, ada segelintir selebriti bermuhasabah diri serta memuat naik foto perkongsian berbuat kebaikan di media sosial.
Tidak terkecuali, pelakon Nora Danish baru-baru ini ada memuat naik foto wanita memakai telekung hitam di Instagram.
BACA: Peminat Kecewa Nora Danish Tak Jaga Batas
Bagaimanapun, foto tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang berseloroh mengatakan panjang telekung itu seperti langsir.
Malah, ada yang bergurau menyamakan telekung itu dengan salah satu watak popular DC Comics iaitu Batman. Meskipun begitu, ada yang memuji kain telekung itu nampak cantik.
Ramai menyangka individu bertelekung itu ada Nora namun wanita tersebut dipercayai adalah kakaknya Rozy Danish berdasarkan ‘tag’ akaun Instagram yang diletakkan pada foto berkenaan.