Pelakon Nora Danish berkata hubungannya dengan aktres Fasha Sandha sudah lama baik dan tidak perlu dijadikan isu kerana hal itu sudah lama berlalu.
Memetik Harian Metro, Nora berkata dia tiada masalah untuk bertegur dan mesra jika terjumpa dengan Fasha di mana-mana termasuk acara hiburan.
BACA: Hadir Majlis Ilmu, Air Mata Nora Danish Tak Berhenti Mengalir
“Sebenarnya, hubungan saya dengan dia (Fasha) memang dah lama okay. Tapi, bila berjumpa, berjumpalah. Tak adalah ‘plan’ sampai nak berjumpa, tapi kalau terjumpa, terserempak, okay Alhamdulillah.
“Tak ada apa dah (nak diingat lagi), benda pun dah lama dah,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai isu perselisihan faham antara Nora dan Fasha pada 2017 sehingga tindakan undang-undang diambil, namun keduanya sepakat menyelesaikannya di luar mahkamah pada 2018.
Malah, turut menjadi perhatian ketika sambutan Hari Raya tahun ini kedua-duanya bergambar bersama ketika berkunjung dan berkumpul di kediaman bekas keluarga mentua mereka, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.