Nora Danish Anggap Khabar Angin Mengenai Nedim Tak Berasas

Menjawab kembali spekulasi mengenai Nedim Nazri yang didakwa sekarang bergantung kepada Nora Danish, pelakon cantik manis ini menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak berasas dan juga kelakar.

BACA: Pecat Pengurus, Nora Danish Tanggung Nedim Nazri?

“Dakwaan itu tidak berasas. Mengenai dakwaan mengatakan Nedim itu sebagai pengurus, ia sangat kelakar. Dulu timbul kisah dia (Nedim) jadi pengawal peribadi saya kini pengurus pula. Dia seorang usahawan yang dihormati dan begitu juga keluarganya. Harap tidak babitkan nama mereka,” katanya.

Sementara itu menurut Nora, tindakan dia memberhentikan pengurusnya yang dikenali sebagai Mat sepatutnya tidak diperbesarkan kerana apa yang dilakukannya itu adalah hak sebagai seorang majikan.

“Siapa yang hendak saya berhentikan itu hak saya sebagai majikan. Ibarat saya berhentikan pekerja di kafe, takkan itu pun nak ditulis,” katanya kepada Berita Harian menjelaskan situasi yang menjadi isu tersebut. (rtky/s)

×