Noor Nabila Beli Range Rover RM2.5 Juta

Baru saja membeli kereta jenis MPV, Westar Maxus Mifa 9  usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Noor Nabila sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila membeli kereta jenama mewah, Range Rover.

Menerusi video dikongsikan Rosix Omar, pempengaruh itu dilihat menemani Nabila ke sebuah pameran kereta dipercayai untuk mengambil kenderaan berkenaan.

BACA: Noor Nabila Doa Sharnaaz Ahmad Kahwin Cepat

@rosixomar25

Citer sini hbs sini!! #rosixomar

? original sound – Rosixomar – Rosixomar

Menurut Rosix, kenderaan tersebut sememangnya sudah lama diimpikan oleh Nabila dan selepas sekian lama menunggu akhirnya sedia untuk dibawa pulang.

“Akhirnya setelah seratus tahun menunggu. Dia check dulu lah sebelum ambil. Jadi hari ini, kereta Bella dah ready,” kata Rosix.

Perkongsian Rosix itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat Nabila kerana berjaya memiliki kereta mewah berkenaan.

Malah, ada netizen mengatakan Range Rover itu merupakan model terbaharu yang dianggarkan bernilai sekitar RM2.5 juta dan sama seperti model yang dimiliki oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

×