Baru saja minggu lalu mencetuskan kontroversi memuat naik video membotakkan kepalanya, pelakon Nonny Nadirah sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi video menari sambil berkemban.
Menerusi video itu, memaparkan seorang wanita membelakangkan kamera dipercayai tidak memakai sebarang pakaian selain bertuala.
BACA: Nonny Nadirah Kongsi Video Buka Baju, Botakkan Kepala
View this post on Instagram
Turut kelihatan wanita itu membuka tuala beberapa kali dan memakai semula sambil menggoyangkan badan yang membelakangi kamera. Video yang dirakam itu dalam sebuah bilik gelap yang hanya diterangi cahaya dari tingkap.
Minggu lalu, Nonny memuat naik video memaparkan dirinya membuka baju sebelum meletakkan bedak pada leher untuk menbotakkan kepalanya.
Sebelum ini, Nonny mengaku dia tidak lagi bertudung serta meluahkan rasa marah dan kesal terhadap seseorang yang tidak berhenti menganggu kehidupannya.