Nonny Dedah Sihir Punca Tanggal Tudung, Masih Berpegang Ajaran Islam

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah mendedahkan perubahan imejnya yang tidak lagi bertudung dan berpakaian seksi sehingga mengejutkan ramai berpunca daripada gangguan sihir.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nonny bagaimanapun berkata ia masih berpegang dengan Al-Quran dan ajaran agama Islam.

BACA: Nonny Nadirah Berkemban, Terkangkang Sambil Jual Produk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nonny Nadirah (@nonnynadirah)

Dalam hantaran itu juga, Nonny turut menunjukkan fasa perubahannya sebelum dan selepas berhijrah kemudian tampil tidak lagi bertudung disebabkan perbuatan sihir seseorang.

“Sihir dan gangguan yang saya hadap hanya kerana cinta Islam yang sangat mendalam. Dunia akhir zaman. Semua berkaitan dengan iman, korang tak rasa apa yang saya rasa sihir dan gangguan hanya kerana cinta Islam,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nonny enggan mendedahkan siapa yang menyihirnya serta menganggap setiap orang mempunyai ujian mereka masing-masing.

“Saya Nonny Nadirah, saya berpegang kepada Al-Quran dan hadis. Jangan ditanya siapa yang menyihir, lain orang lain ujiannya, mana yang perang mana yang disihir,” tulisnya.

×