Noh Salleh Perkenal Tunang Depan 500 Peminat

Umum mengetahui, penyanyi Noh Salleh bakal menamatkan zaman duda dengan gadis pilihan hati Fatin Athira pada 23 September ini. 

Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan Noh memperkenalkan bakal isterinya kepada umum ketika berada di atas pentas sebelum membuat persembahan.

BACA: Bakal Tamat Zaman Duda, Noh Salleh Kongsi Gambar Baju Nikah

@lencai999

Tung ahh dah nak kahwin hmm? #nohsalleh #hikaririders #nohhujan #motosinmalim

? original sound – Cai – Cai

Menerusi video itu, Noh sempat menunjukkan kehadiran tunangnya serta mengatakan lagu berjudul Biar Seribu yang akan dinyanyikan itu sebagai simbolik cinta mereka.

“Oh itu tunang saya, kita akan kahwin next week (minggu ini). Lagu ni (Biar Seribu) sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang hendak mendirikan sebuah masjid.

“Jadi, mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini,” katanya.

Terdahulu, Noh atau Mohammad Noh Salleh, mengikat tali pertunangan dengan Fatin pada 7 Mei lalu.

Untuk rekod, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusian, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun disahkan bercerai pada Ogos tahun lalu.

×