Mempunyai keluarga besar adakalanya best, sesekali bila berkumpul tu memang boleh bergelak besar dengan adik-beradik. Tetapi part paling tak best adalah bila tiba masa untuk tonton televisyen. Kadang itu sampai berebut dengan adik-beradik sebab ingin tonton rancangan kegemaran punya pasal.
Satu televisyen di rumah sahaja memang akan berebutlah jawapannya. Kami faham apa perasaan anda bila tak dapat tonton rancangan kegemaran di kaca televisyen. Ala! Semua perkara ini boleh diselesaikan. Jom kami tunjukkan caranya. Kiranya bila anda buat sahaja perkara ini anda sudah tak perlu berebut dengan adik-beradik anda yang lain lagi dah!
Bagaimana Cara Untuk Tonton Rancangan Kegemaran Tanpa Berebut Dengan Ahli Keluarga?
Jawapannya ialah Astro GO. Ya, anda hanya perlu muat turun aplikasi Astro GO dalam telefon bimbit, tablet mahupun komputer atau laptop anda dan pilih rancangan mana yang anda ingin tonton dan semua masalah sudah selesai.
Kiranya bila anda muat turun aplikasi Astro GO ini, anda boleh tonton kesemua rancangan kesukaan anda di mana sahaja di dalam negara dengan lebih selesa.
Yang paling best dengan aplikasi Astro GO ini adalah anda tak perlu bayar apa-apa untuk tonton rancangan kerana ianya sama dengan pakej Astro yang telah anda langgan. Semuanya free untuk pelanggan tersayang Astro.
Jangan tak tahu, jika anda ingin lihat drama yang bersiaran di Astro melalui laptop anda pun boleh! Hanya taip astrogo.com.my dan pilih drama yang ingin anda tonton. Jadi sekarang ni anda boleh tonton seberapa banyak drama yang anda suka.
Maklumat Apa Yang Diperlukan Untuk Log In Astro GO?
Okey, disebabkan aplikasi ini percuma untuk pelanggan Astro anda hanya perlu lakukan empat perkara ini sahaja sebelum anda enjoy sepuas hati:
1. Muat turun aplikasi Astro GO
2. Daftarkan Astro ID anda
3. Sambungkan ke akaun Astro
4. Dan mula layan movie atau drama kesayangan anda!
Yang paling best sekali, hampir 50,000 video on demand pelbagai genre dan bahasa boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO ni. Antaranya ialah drama, filem, hiburan, sukan dan pelbagai lagi! Kesemua pilihan filem boleh diakses menerusi menu Catch Up, Boxsets, Filem, Kanak-kanak dan Sukan. Memang rambang mata kalau nak tengok satu-satu tajuk filem.
Fungsi Carian Mudah
Nak lagi senang dan mudahkan anda, taipkan sahaja tajuk drama/movie, atau nama pelakon dan tekan butang carian untuk anda tonton filem kegemaran anda. Memang cepat dan havoc kali itu, sebab boleh tonton filem kegemaran di mana sahaja meskipun di pejabat. Tapi jangan sampai kantoi dengan bos pula!
Cara Rakam Drama/Movie Menggunakan Cloud Recording
Bukan itu sahaja, dengan aplikasi mudah dan bakal jadi kesukaan ramai ini juga anda boleh record. Astro GO turut memberi anda peluang untuk pra-rakam pelbagai rancangan kegemaran 7 hari (in-advance).
Lebih menarik lagi anda turut diberi kapasiti storan sehingga 200 jam secara percuma! Memang cun sangat dengan anda yang sentiasa sibuk bekerja tu. Sesekali inginkan hiburan buka sahaja aplikasi Astro GO lepas itu enjoy sepuas hati!
1. Klik pada kotak yang tertera perkataan semua saluran
2. Pilih channel dan program yang anda mahu rakam. Kemudian tekan kotak rakam!
3. Program akan dirakam berdasarkan pilihan cerita yang anda pilih
Record sahaja gunakan telefon pintar anda. Aplikasi ini akan buatkan anda tidak berebut televisyen lagi dengan ahli keluarga. Memang terbaik!
Tak kisah di mana anda berada, boleh tonton rancangan anda pada bila-bila masa sahaja. Best kan? Jadi tunggu apa lagi, jom lah muat turun aplikasi Astro GO sama-sama, lepas itu boleh tonton sepuas hati.
Rugi jika benda yang free anda sia-siakan!