Selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Anis Sofea Jumaat lalu, penyanyi Haqiem Rusli berkata dia dan isteri belum sedia lagi untuk menimang cahaya mata.
Menerusi video dimuat naik di TikTok oleh Ayzayyn, Haqiem berkata mereka ada berbincang mengenai perkara itu dan isterinya belum bersedia memandangkan baru sahaja berusia 19 tahun.
BACA: “Saya Minta Maaf Jika Ada Yang Kecewa…”
“Bila bincang pasal anak ni, kami tak ready lagi sebab Sofea sekarang umur baru 19 tahun dan saya pun baru 23 tahun,” katanya.
Jawapan Haqiem itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji perancangan penyanyi itu apatah lagi berkahwin di usia muda.
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar perkahwinan pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat serta mengatakan apa yang lebih penting menghalalkan hubungan terlebih dahulu.