Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut lebaran, masa ni mesti ramai yang dah sibuk mencari baju raya kan? Kalau tak mana mungkin Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India sesak. Sehingga viral lah tempat tu dibuatnya.

Kami yakin lebaran kali ini lain dari yang lain bila kita semua dapat menyambut kembali Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun dibelenggu SOP yang ketat gara-gara Covid-19. Semangat nak cari baju raya tu berkobar-kobar sehingga korang buntu menu apa untuk berbuka puasa?

Rilek, kami nak payung korang satu menu yang paling cepat, mudah dan sedap. Confirm menu ni anak-anak pun suka, sebab kali ni kami nak share menu Pizza Popcorn yang akan buat korang repeat.

6 Bahan Jer Dah Siap Menu Berbuka Puasa

Tak perlu terkejar-kejar nak masak menu yang berat-berat, cukup korang sediakan 6 bahan ni dah siap menu Pizza Popcorn korang. Baru lah banyak masa nak cuci mata di Jalan TAR nanti.

Tak susah pun nak buat Pizza Popcorn ni, benda paling wajib ada adalah popcorn dari EB Frozen Food, kalau tak ada benda ni tak menjadi pizza korang.

Selain itu, korang kena sediakan EB Popcorn Chicken Original, EB Popcorn Chicken berperisa Tomyam, Sos Pasta Tomato, Keju Parmesan, Keju Mozarella dan Kerek Pizza.

Okey part ni kami nak korang tulis cara-cara nak buat Pizza Popcorn dengan hanya menggunakan bahan dari EB. Jom layan sampai habis cara penyediaannya.

Panaskan minyak, goreng EB Popcorn Chicken sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.

Sapu sos pasta tomato dengan rata pada kerak pizza.

Taburkan Keju Parmesan dan Keju Mozzarella.

Letakkan EB Popcorn Chicken yang digoreng tadi. Panaskan ketuhar pada suhu 180 selama 5 minit dan masukkan pizza ke dalam.

Bakar pizza selama 15 minit dan sedia untuk dinikmati.

Jangan tak tahu, produk baru EB Popcorn Chicken ni memang betul-betul superb sebab ianya dihasilkan daripada isi dada ayam yang akan buatkan hidangan korang lagi rangup dan lembut. Mempunyai 2 flavour yang korang boleh pilih untuk hidangan minum petang.

EB Popcorn Chicken perisa original (lada hitam) atau perisa TomYam. Dua dua bakal menjadi menu kegemaran anak korang. Paling penting dengan EB Popcorn Chicken ni bebas daripada lemak Trans. So boleh lah bagi anak korang makan petang! Ala nak goreng-goreng jer dah siap.

Paling best, kalau korang beli pakej Combo Raya hanya RM 33 termasuk EB Original Popcorn Chicken, EB Tomyam Popcorn Chicken, EB Tempura Chicken Nugget dan EB Crispy Fried Chicken Wonton.

Pembelian produk EB RM50 ke atas akan mendapat penghantaran percuma! Korang boleh beli di Shopee atau Lazada.

Nak Dapat Hadiah Lumayan Jangan Lupa Sertai Peraduan Ni

Korang yang nak balik kampung wajib join peraduan ni untuk dapatkan nilai Touch ‘n Go secara percuma dari EB. Korang hanya perlu beli produk EB RM30 ke atas bermula dari 1 April sehingga 15 Mei 2022 dan berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan! Hadiah sebanyak RM 1,088 Touch ‘n Go credit menantikan korang!

Maklumat lanjut layari laman rasmi EB, Facebook, dan Instagram EB.

×