Namanya tersenarai dalam gerakan Blockout2024, pelakon Eyka Farhana dilihat ada berkongsikan kata-kata hikmah dipercayai berhubung isu berkenaan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Eyka berkata dalam Islam amalan bersedekah tidak perlu diuar-uarkan kepada umum.
BACA: Eyka Farhana & Akhyar Rashid Serah Pada Jodoh, Belum Sampai Seru Nak Kahwin
“Dalam Islam, andai tangan bersedekah, tangan kiri pun tak perlu tahu,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen Instagram milik pelakon itu ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila dia masih lagi memperomosikan produk yang diboikot, malah ada yang mengatakan mahu berjumpa di akhirat kelak.
SUMBER: mStar Online