Pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine sememangnya dikenali ramai termasuklah kedua anak perempuan mereka iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra yang menjadi sering menjadi tumpuan.
Baru-baru ini, perkongsian Instagram The Haidars menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar Tengku Ratu, Tengku Cleopatra bersama ibu mereka ketika bercuti di Korea.
BACA: Anak Dara Que Haidar Dipuji Cantik
View this post on Instagram
Apa yang menjadi bualan ramai adalah anak sulung pelakon tersebut iaitu Tengku Ratu yang kini sudah meningkat remaja. Rata-rata netizen memuji kecantikan Ratu serta ada yang mengatakan seperti orang Rusia.
Dalam pada itu, ramai tidak menyangka wanita di tengah di dalam gambar tersebut adalah ibu mereka iaitu Linda kerana dilihat sangat muda seperti kakak dan adik sahaja.