Baru-baru ini perkongsian isteri kepada pelawak Mamat Sepah iaitu Diana Ibrahim menjadi perhatian ramai memaparkan penampilan terbaru suaminya.
Rata-rata netizen terkejut melihat imej pelawak itu yang kini bermisai dan berambut pendek lebih kemas berbanding sebelum ini.
BACA: Mamat Sepah Syukur Isteri Tak Pandang Rupa
@ciknana_mamatsepah Morning my beloved husband ?? #morning #fyppppppppppppppppppppppp
Malah, ramai memuji penampilan Mamat yang kini semakin kacak sejak mendirikan rumah tangga serta memuji Diana yang pandai menjaga suami.
Dalam pada itu, ramai bersetuju mengatakan bila sudah menjadi lelaki orang memang nampak kacak apatah lagi ada isteri yang menjaga.
Untuk rekod, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mendirikan rumah tangga dengan anggota polis, Nordiana Ibrahim yang bertugas di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 1 Mac 2020.