Netizen Terkejut Amar Baharin, Siti Elizad Lakon Babak Bersentuhan

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai video sebuah drama memaparkan pelakon Amar Baharin melakonkan babak bersentuhan dengan aktres Siti Elizad sekaligus mengejutkan ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @fazli_radiusone di TikTok, kedua pelakon itu sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama bersiri.

BACA: “Beli Kereta Biasa Pun Dah Bersyukur” – Amar Baharin & Amyra Rosli Dipuji Netizen

Kelihatan, Elizad sedang menangis ketika melakonkan babak berkenaan sebelum ditenangkan oleh Amar. Namun, apa yang menjadi perhatian aksi kedua pelakon itu bersentuhan tanpa sebarang lapik sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Diruangan komen, ada yang mempersoalkan tindakan Amar melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita. Malah, ada menyangka Amar berlakon bersama isterinya, Amyra Rosli.

SUMBER: Ohmymedia

×