Penampilan pelakon Qasrina Karim menjadi perhatian ramai menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon Meerqeen di TikTok.
Menerusi video itu, Qasrina dan Meerqeen sedang bersiap sebelum memulakan penggambaran bagi sebuah drama.
BACA: Qasrina Karim Sedih Bentuk Dahi Besar Jadi Bahan Body Shaming Netizen
@meerqeen Selesa sikit. @QK
? X Missing U (Chorus) – Dayang Nurfaizah x Faizal Tahir x TUJU x Yonnyboii
Namun, ramai netizen yang terkejut dengan penampilan Qasrina yang mengenakan selendang berwarna hitam namun memperlihatkan bahagian leher dan anak rambutnya.
Di ruangan komen, ada netizen menegur Qasrina supaya memakai tudung dengan elok serta tertanya-tanya mengapa pelakon tersebut memakai tudung sedemikian.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa Qasrina memang berpenampilan begitu sejak dulu dari sebelum popular lagi.