Baru-baru ini perkongsian pelakon Mimi Lana menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya melakukan senaman di gimnasium.
Apa yang menjadi bualan penampilan aktres itu yang dikatakan terlalu seksi sehingga mengundang kecaman netizen. Menerusi video itu, Mimi dilihat mengenakan singlet berwarna cerah serta berseluar pendek.
BACA: Seminggu Mimi Lana Menangis Terpaksa Potong Rambut Pendek
View this post on Instagram
Diruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan penampilan berani pelakon itu serta meluahkan rasa malu melihat cara pemakaiannya itu.
Dalam pada itu, ada segelintir memberikan teguran kepada pelakon itu supaya tidak terlalu seksi serta meminta supaya Mimi menjaga auratnya.