Sejak April lalu, nama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan apabila membuat keputusan tidak lagi berhijab sehingga dikecam teruk oleh netizen.
Malah, apa saja perkongsiannya pasti akan dikecam oleh netizen serta ada segelintir netizen menegurnya untuk kembali berhijab serta menutup aurat. Baru-baru ini, Anis dilihat ada memuat naik video transition sebelum bersiap dan selepas bersiap.
BACA: Tak Lagi Dikecam, Isteri Haqiem Rusli Dipuji Cantik Macam Princess
View this post on Instagram
Apa yang menjadi perhatian, komen seorang netizen yang memberikan pendapat agar Anis membuat kontent level international serta berpendapat konten dibuat Anis itu agak rempit.
Wanita itu turut memberi pendapat supaya Anis belajar bahasa Inggeris atau menyambung pengajian. Katanya lagi, Anis memiliki rupa paras yang cantik namun perlu pandai memilih konten yang ingin dikongsikan.
Komen individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang yang turut bersetuju. Malah, ada yang mengatakan perkongsian Anis dilihat tidak berilmu dan tidak ada ‘class’.