Netizen Tanya Hael Husaini Pakai Rantai Emas Ke Tu?

Sejak kebelakangan ini, penampilan penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini menjadi perhatian ramai apabila dilihat seprerti selebriti di Korea Selatan.

Baru-baru ini, Hael ada berkongsikan video menjayakan konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

BACA: Hael Husaini Disindir Mahu Tiru Lee Min Ho

@haelhusaini

?? #CuckooAppreci8th Anniversary Concert

? original sound – Hael Husaini – Hael Husaini

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Hael dilihat mengenakan pakaian serba merah dan ‘glove’ berwarna hitam pada bahagian kedua-dua tangannya. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah aksesori rantai yang dipakai oleh penyanyi itu. 

Diruangan komen, ada yang tertanya-tanya adakah ianya rantai emas atau mungkin sekadar aksesori biasa sehingga orang ramai tersalah anggap ia adalah emas.

Terdahulu, penyanyi itu yang dikatakan seolah-olah mahu meniru pelakon kacak Korea Selatan, Lee Min Ho. Tidak kurang juga ada yang berpendapat Hael berubah terlalu drastik dan dilihat berbeza dengan wajahnya yang dahulu.

×