Netizen Tak Puas Hati Shuib Buat Lawak PERKESO Atas Pentas

Susulan jenaka pelawak, Shuib di pentas Muzikal Lawak Superstar apabila muncul sebagai artis jemputan kumpulan Sarkas baru-baru ini, ada netizen yang meluahkan rasa kurang senang.

Menerusi satu perkongsian di laman X, ada netizen seolah tidak berpuas hati dengan jenaka dibuat Shuib.

BACA: “Tak Adil Untuk Saya & Syarikat” – Shuib Nak Saman Pengguna TikTok

https://x.com/twtbiy/status/1858377109238104176

Apa yang menjadi perhatian adalah Shuib menyebut PERKESO sebagai sebahagian daripada dialog jenakanya ketika persembahan tersebut.

“Pakcik dari PERKESO. Pakcik ni, pergi teman kawan bayar saman,” kata Shuib.

Menerusi satu perkongsian netizen, ada netizen mempersoalkan tindakan Shuib itu dengan mengaitkan kes mahkamahnya sebelum ini

“Shuib ni dah la tak bayar caruman PERKESO, boleh ek buat lawak macam ni. Tak malu ke?” tulis pengguna itu.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan apa disuarakan serta mendakwa Shuib seolah tidak sensitif.

×