Sudah beberapa hari berlalu, kisah perceraian bekas pasangan selebriti popular Nur Fazura dan Fattah Amin menjadi bualan ramai di media sosial.
Turut menjadi perhatian satu akaun TikTok diwujudnya sejak dua hari lalu dengan nama TeamFattah dipercayai untuk memberikan sokongan buat aktor itu.
BACA: “Kes Cerai Fattah & Fazura Jadi Pengajaran” – Ina Naim
Terbaru, wajah Fattah dikatakan seiras dengan penyanyi popular Korea Selatan iaitu Jungkook BTS. Menerusi akuan TikTok itu, peminat turut membandingkan wajah Fattah dengan penyanyi Korea itu.
Perbandingan antara dua selebriti itu memperlihatkan persamaan paras rupa yang dimiliki mereka. Bagaimanapun, ada seorang netizen mengatakan dia nampak aktor itu kelihatan kacak selepas bergelar duda.