Netizen Puji Suara Fattah Amin Seperti Penyanyi Profesional

Jika sebelum ini ramai yang mengkritik Fattah Amin tidak boleh menyanyi, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon sensasi ini untuk muncul dengan single baru berjudul ‘Isterimewa’. Kali ini, cara nyanyian Fattah menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini.

Menerusi Instagram, Fattah berkongsikan tentang lagu terbaru ciptaan Mel Imran itu mengisahkan tentang luahan ikhlas isi hari seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri.

BACA: Terkejut Dengan Tuduhan, Fattah Amin Nafi Tipu Peminat

https://www.instagram.com/p/BoguzRMgf3X/?utm_source=ig_embed

Rata-rata netizen memuji kemerduan suara dan vokal Fattah seperti seorang penyanyi profesional. Ramai juga yang tersentuh melihat penghayatan Fattah ketika menyanyikan lagu tersebut.  Tidak kurang juga ramai yang tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Ada juga peminatnya yang meluahkan rasa kagum dengan dengan Fattah kerana tidak pernah berputus asa walaupun pernah dikecam hebat sebelum ini. Apa-apa pun lagu baru Fattah ini memang sedap didengar.

×