Netizen Pertikai Awal Ashaari Bergambar Dengan Patung Mata Satu

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari dilihat ada memuat naik gambar di Instagram memaparkan dirinya bergambar dengan patung.

Apa yang menjadi perhatian ramai, ada yang kurang senang dengan gambar tersebut apatah lagi melihat patung bermata satu itu.

BACA: Awal Ashaari, Isteri Tak Rancang Tambah Anak Lagi

Diruangan komen, ada yang meninggalkan komen mengatakan tidak perlu memuat naik gambar tersebut kerana boleh menimbulkan salah faham.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa pengacara itu secara terang-terangan menunjukkan dirinya pengikut dakal serta mengatakan Awal seolah berbuat demikian untuk mencari populariti.

Dalam pada itu, ada yang menegur pengacara itu agar tidak memuat naik sesuatu yang mengundang fitnah jika tidak mahu difitnah.

×