Baru-baru ini tular video memaparkan anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu pempengaruh media sosial, Marissa Dania dikatakan sedang berbadan dua.
Menerusi video itu, Marissa hadir ke majlis sambutan hari jadi adiknya, namun rata-rata netizen mengatakan mereka seolah ternampak baby bump.
BACA: “Siapa Buat Marissa Menangis, Bagitau…Mama Datang!”
@marissadaniahakim_ ?
Dapat dilihat dalam video itu menunjukkan isteri kepada Aslam itu sedang mendukung seorang bayi perempuan dan kelihatan berseri-seri.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji kecantikan Marissa sama seperti ibunya serta berharap agar dipermudahkan urusan selepas terpalit kontroversi sebelum ini.