Netizen Minta Zarina Zainuddin Jaga Pemakanan Azal, Bimbang Obesiti

Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin dilihat ada memuat naik video memaparkan anaknya, Azal sedang menyanyikan lagu Majulah Singapura.

Menerusi video dikongsikan di Instagram itu, Azal dilihat menyanyi tanpa memakai baju sekaligus menjadi perhatian netizen.

BACA: “Disebabkan Fitnah ‘Buat’ Hidung, Pengikut IG Saya Berkurang” – Zarina Zainuddin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Diruangan komen, ada netizen meminta Zarina supaya menjaga pemakanan anaknya itu kerana bimbang obesiti. 

Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan bila Azal mahu ke gimnasium kerana sebelum ini dia bersemangat untuk main gim.

Sementara itu, turut menjadi perhatian apabila ada yang memuji Azal kerana menghafal lagu tersebut meskipun tidak tinggal di negara berkenaan.

×