Baru-baru ini perkongsian pelakon Yasmin Hani menjadi perhatian ramai apabila dilihat ada memuat naik gambarnya menjadi perhatian ramai.
Menerusi gambar dikongsikan, rata-rata netizen memuji pelakon berusia 43 tahun itu kelihatan sentiasa muda dan cantik.
BACA: Yasmin Hani Akui Tak Suka Memasak, Sanggup Berlapar Asalkan Rumah Bersih
View this post on Instagram
Malah, diruangan komen ada yang mengatakan ibu kepada dua cahaya mata itu tidak berubah dari dulu sehingga sekarang.
Turut menjadi perhatian apabila ada netizen meminta petua bagaimana selebriti itu menjaga ketiak supaya kelihatan putih.
“Akak kongsi petua nak ketiak putih,” tulis seorang netizen.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Alif Hadi mengakui kini sedang berkawan rapat dengan Yasmin Hani dan dalam fasa mengenal hati budi.