Minggu lalu, berita putus tunang Remy Ishak dengan Ezza Yusof ternyata mengejutkan ramai peminat. Mana tidaknya, selepas dua tahun mengikat tali pertunangan Remy mendedahkan hubungannya dengan Ezza sudah pun berakhir.
Namun baru-baru ini Remy dilihat memuat naik beberapa keping gambar bekas tunangnya di akaun Instagram miliknya. Gambar tersebut turut disertakan dengan kapsyen “Stay strong Ezza”.
BACA: “Semua Yang Berlaku Atas Sebab Tertentu” – Bekas Tunang
Bagaimanapun gambar yang dikongsikan itu menumbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang berpendapat mengapa selepas putus tunang baru nak muat naik gambar bekas tunangnya sedangkan ketika bertunang dahulu tiada gambar Ezza yang dikongsikan.
Malah ada netizen mempersoalkan kapsyen Remy itu seolah tidak kena dengan situasinya yang baru saja putus tunang. Namun ada mendoakan agar suatu hari nanti Remy dan Ezza akan kembali bersama.
Rabu lalu, Remy mengesahkan pertunangannya dengan Ezza sudah pun berakhir sejak sebulan lalu. Menurut Remy, perpisahan mereka itu bukan disebabkan oleh orang ketiga. Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2017.